Thursday 25 October 2012

aq dan haiwan liar??

assalamualaikum!
salam aidil adha semua, aq tak balek kampung, so terpaksa la aq beraya kat hostel. untuk mengisi kesunyian aq, aq blogging lah.. hehehe. ok, aq nk jawab pertanyaan lazim yang orang selalu tanya kat aq:

kenapa aq suka haiwan liar?

ok. mula-mula mesti orang cakap, nak menunjuk2 la tuh?? mungkin orang sangka, yang bela haiwan liar ni menyebabkan kita lain dari orang lain, so senang la nak dapat pulisiti murahan.. Ya. memey aq suka perhatian. sebab dari kecik aq kurang dapat perhatian. (insyaallah, nanti aq cerita). tapi aq jenis yang suka menggunakan medium ini(haiwan/manusia/barang2) sebagai daya tarikan aq. NO. aq lebih suka berdiri atas kaki sendiri. ok, back to the story.

timbulnya minat

seingat aq, aq dari kecik lagi sukakan haiwan. x kira la, liar ke x. aq rasa dari situ la aq mula jatuh cinta pada haiwan-haiwan ni. cuma aq tak  pernah bagi tau sapa-sapa pasal minat aq. dari kecik ayah aq ajar aq ntok pegang (semua haiwan yang boleh dipegang) kat Zoo/taman ular. dulu aq nangis-nangis, takot giler. tapi pegang jugak, sebab takut kena marah(ayah aq polis). so, pengalaman pertama aq dengan anak harimau, masa aq ikut rombongan sekolah adik aq, kat Lost World Of Tambun, Perak. kami masuk dalam satu tempat, (kat tempat tuh ada penghadang, macam kurungan laa.. tepi gunung(kot?) n ada longkang y pisahkan dinding gunung tuh dengan tempat berjalan) penjaga kat situ lepaskan anak rimau kat kami (besar anak kambing seingat aq) then suma orang larik pegi lintas longkang n betepek kat gunung tuh.(hehe) time tuh aq pegang slr, so aq tak p mana-mana la. time tuh, seram pun ada, tkot lagilaa.. tapi seronok sangat! kemudian jatuh rasa sayang kat haiwan macam tuh. hehehe

 popo(red chillean rose tarantula)

pada tanggal 5/6/2012, aq pegi down town(hahaha) aq ternampak seekor tarantula yang menarik minat aq. dengan harga RM120, aq bawak dy balik, dan bermula dari situ la aq mula berjinak-jinak dengan haiwan liar ni. kebetulan, membe aq ada yang bela ball phyton (ular sawa batik), iguana, kura-kura(comell!!). so aq rasa dekat dengan minat ni.

reaksi keluarga

masa mula-mula aq bagitau mak aq, mak aq cakap aq dah gila (haha). tapi aq buat x heran, sebab family aq memang cakap kasar sikit. ayah aq agak risau, dia ada suruh aq jangan pegang popo, tapi last-last dia buat x taw. angah dengan ikhwan(adik bongsu) geli gila nak pegang. Rahmat(adek aq y kedua) excited gilaa!! hehe.

dah berapa lama popo jadi sebahgian dari kami, mak n ayah aq dah bole trima dia. depa la yang tolong beli cengkerik untuk popo. dah jatuh hati la tu! ayah aq, dia asek usik aq nak goreng tepung si popo. haha.

tapi macam angah, tok aq, n beberapa famly yang len, depa ok dengan popo, asalkan aq x bawak keluaq dari kotak dia.. hehehe (aq letak popo kat dalam aquarium kecik yang plastik tuh)

popo mati

16/10/2012, popo dah meninggalkan aq. silap aq jugak, aq terletak dia kat tempat panas, so dia x tahan. sedih tuh jangan cerita la. aq kol mak aq, mak aq pon sedih jugak. apa yang aq harap, selama dia duduk dengan aq, dia tau yang aq sayangkan dia sangat2... huhuhu

pemergian popo bukan satu pengakhiran buat minat aq. sekarang nih aq tengah mengumpulkan usaha untuk memujuk mak aq untuk membela harimau. hehehe. kalau x boleh pon, jadi volunteer kt WWF malaysia pun jadi la. ok, sampai kat sini dulu aq potpet.

assalamualaikum! salam liar untuk semua!

Saturday 20 October 2012

selamat tinggal, sayang...

assalamualaikum.. 

bila hati dah sayang, kita mesti takut kesayangan kita tuh pergi tinggalkan kita. ni lah yang terjadi pada aq 2-3 hari lepas. ketiadaan dia buat aq rasa kosong.. aq rasa kehilangan gila. pergi sudah kawan baik, pengarang jantung, cinta, dan anak. betapa aq rindukan dia, betapa aq mengharap dia kembali bangun dan berjalan, betapa aq berdoa agar ini cuma sebahgian daripada mimpi. jatuh airmata ini, runtuh jiwa ini bila dia pergi buat selamanya. biar orang katia aq gila, biar org kata aq rosak otak, aq x kira.. orang tak tahu macam mana aq sayangkan dia. dan betapa aq merindui dia bila berjauhan. walau dia x boleh berkata-kata, tapi tuhan, sampaikan salam sayangku kepadanya. katakanlah pada dia, bahawa aq terlalu merindui kehadiran dia, dan aq cuba untuk meneruskan hidup tanpa dia. sayang, hati ini, hati yang sebahgiannya pernah menjadi milikmu, dah lama hancur bila kau tinggalkan aq. aq amat berharap, agar kau juga mengerti rasa kasih untukmu yang telah lama bertahkhta dihati ku.. selamat tinggal, sayang.


  

dalam kenangan, popo si chillean red tarantula. sahabat, kekasih, dan obsesi..
 

Friday 21 September 2012

aku gay??/ok, thats annoying!

assalamualaikum!
hye there!
  1. adakah aq gay?


yeah! aq telah dikejutkan dengan berita terkejut ni kat notification aq kat facebook pagi tadi~~ wah.. hebat aq, haha.. terpikiaq jugeee aq, apa yang obviousnya pasal aq sampai dia cakap aq macam tuh? haha? aneh2?? member2 aq dah lama bergelak sakan! ekekeke~~ cer tengok kat bawah


sebenaqnya, semua tu cuma salah paham.. tapi, agak menakutkan jgak lah?? ekekeke... macam-macam.. apela nak jadi?


        2. Ok, thats annoying!

nak dijadikan cerita, membe aq si A upload pix kami masa skatting. dalam banyak-banyak pix tuh, ada la gambaq si B dan si C(laki). (ehem.. diorang ambik pix sebelah menyebelah je taw!). dan kebetulan pulak, si B gaduh dengan balaknya, si O. si O ni pun, lepas geram lah kat si B dengan carut-carutkan si B kat komen facebook si A tuh.. bila dah nama kawan baik, mesti kita tolong, kan? so, si A, si B dan si LDD(akuh la tuh,ekekeke..) berkerjasama dengan padu dalam memaki si O. 


so, si LDD pun pos la kat fb mcm nih --->


maaf. aq tahu aq x sepatutnya mencarut. tetapi kesabaranku telah dicabar ketahap yang paling impak maksima.. jadi, maka terlepas lah kata-kata makian yang sangat merdu yang kutahan-tahan, ekekeke.. maaf. aq x berbangga dengan apa yang aq lakukan, dan aq juga x bangga dengan apa-apa yang member-member aq hamburkan. tapi, niat kami cuma satu, untuk pertahankan sahabat kami.. 

sejauh mana orang gila tuh berdebat dengan kami? tak lama, dia begitu gah maki semua orang, macam kl ni dia punya.. dia serang wall aq, bila difire balik, dia block aq. terbaru, aq cek, komen dia dah dipadam. macam tu je.. tanpa pesanan yang dia dah menyesal ngan apa yang dia dah buat. lelaki macam tu.. fikir-fikirkan lah.. 

yes. kami bukan tuhan. kami x mampu nak paksa orang mintak maaf dengan kami. kami jugak takdak kuasa nak memaafkan. cuma yang aq mampu cakap.. kami cuma manusia biasa. dan entry ini bukan untuk menggambarkan rasa bangga dihati kami. cuma, tolong lah, jangan salah anggap pada kami.

bye.

Thursday 20 September 2012

emegency recall~~ i need my normal life back!

assalamualaikum!
hye there!

okeh, entry kali ni, aq nk cer pasai bad habit aq, jgn tiru taw! sebanarnya, aq ad masaelah: aq x boleh tidor malam!! dah dekat dua bulan lebeh aq staying up, pukul 6.30 pagi baru mata ni nak lelap. mungkin untuk sehari dua, memey la okeh, tapi ni da dua bulan, mata pun dah sembab! (orang kampung aq panggil bakok). letihnya, jangan cakap, sebab pagi aq cuma boleh tidoq satttt~~~~~ huhuh :(. dah macam petua aq cuba:

 *minum susu
 *minum ais
 *makan
 *doa

semuanya talak jalan maa~~ kalau x jejaskan kesihatan tak pa la jugak. untuk pengetahuan anda,(background muzik discovery channel) KURANG  tidur di waktu malam akan menyebabkan gangguan pada sarah otak, dan boleh mengaggu fungsi jantung! see? tu baru kurang?? aq y x tidoq ni?? wahh!! memang aq agak pening2 sikit dua-tiga hari ni.. tapi mungkin sebab aku darah rendah kot?? sini aku nak mintak tolong ye? sapa-sapa ada petua-petui yang boleh aq cuba, bagitahu yekk??? mintak tolong~~ warrggghhh!!!

Thursday 13 September 2012

skating rollerblade-lets break your butt!- part 2

persamaan skating dan kehidupan....

assalamualaikum! klishe gila entry ni.. tapi ops! jangan next dulu! cuba lah baca, ye? aq buka cuba nak jadi ahli falsafah, tapi, jujurnya, ni pendapat aq. 

aq nak tanya, BERAPA RAMAI ORANG SANGGUP BIAR DIRI MEREKA JATUH?? 

berapa? x kira la, jatuh katil ka, jatuh pokok ka, jatuh tangga ka.. hampir tidak ada. nak taw kenapa? x nak? x kira, nak cakap jugak! ekekeke.. sebabnya, kita takut, x berani nak rasai kesakitan tu.. betul x? kan? tapi, bila kita skating, kita terpaksa untuk jatuh, dan kita terpaksa untuk bangun semula.. baru kita pandai skate! 
siries aq kata.. buat budak manja macam aq ni, memang susah nak lawan kesakitan tuh. badan berat, then jatuh bedebap, macam nangka busuk! tapi, kita kena bangkit jugak, sebab kita nak pandai! kan?

bila aq skate, banyak cakap2 sumbang yang aq dengar.
'hang tarak bole skate la, hang tu gemok'
'hek eleh, dah tua baru nak skate ka woi!'
'x malu ka jatuh depan orang?aq malu sehh!'
siriesly.. bkn kata-kata ni aq dan kawan2 aq ambik ntok naikkan semangat. bukan bermegah, tapi, percaya atau tidak, kami yang zero x taw pa ni bole meluncur atas skate tanpa jatuh 3 jam kemudian. tengok, manusia(aq dan hangpa suma) ni hebat kalau ada kemahuan. sebelum ni aq x penah amik pot ngan kata2 hikmat macam tu.. tapi, la ni baru aq paham.. hehehe

dalam hidup ni jugak, kita x boleh nak rendah2kan orang yang lemah dari kita. ada peristiwa yang mana berkait rapat ngan kata2 ni. (nak taw? tggu vlog aq) perasaan perasan macam tuh memang akan buat orang tersangat la tidak suka dekat kita. then, x semestinya orang tuh x terer skate, dia x pakar dalam hal2 lain? ilmu allah ni banyak.. sedangkan allah x pernah bongkak dengan semua ilmunya, kenapa kita perlu wt macam tu? sedangkan, ilmu yang kita taw tu x sampai setitik pun! hmm~~~

okeh, etry ni berakhir kat sini.. mata pun da ngantuk.. 
kata-kata ni untuk renungan bersama, untuk aq perbetulkan diri aq.. cuma aq nk kongsi ngan hangpa semua. okeh? aq x cuba nak tunjuk alim atau tnjuk terer kat sini.. sebab aq x hebat pun. aq cuma hamba yang lemah. maaf andai ada yang terasa, ye?

bye!

skating rollerblade-lets break your butt!-

assalamualaikum!

yo girl and guys!
aq nk cer sikit pasai skating/rollerblade ni. siriesly, sukan ni memang kool, gempak giler!!! giler x? giler x? ekekekekeke.. sebelum cuba, memey aq takot gila ngan sukan ni! ingat senang nak biaq diri kita jatuh depan orang ramai, malu oh! sakit pulak tuh!

tapi mmbe aq dah belanja, so aq kena main jugak la. For your information girls n guys, aq ni agak berat sikit.. so memey susah gila la nak balance kat atas roda tuh! nak jalan pun asyik bepaut kat besi je, ekekeke, tapi x la malu sangat, sebab membe aq pun suma x reti! hehehehe. dalam dok terkial-kial ni, ada la seorang nigiria mai tunjuk ajaq aq. mula tuh memang malu, English aq dah la lintang pukang! tapi, dia macam paham ja masalah aq, tapi dia tetap ajaq jugak! plus, dy pulak hormat agama aq, so dy x la pegang aq merata! alhamdulillah! surprisely, daripada aq x bole berdiri, sampai la aq bole slide kat depan membe2 aq.. hahaha best woo!

second day aq pergi sana, aq ketaq sikit mula2 tuh. tapi aq take time, dan bertenang! dalam aq dok sakit kaki, dan bontot, dan tangan(capilari pecah), ada sorang lagi orang iran dengan china ajaq aq teknik2 yang betul. aq memang bersyukur gila, sebab depa siap ajaq asas kat aq. memang best! aq pun dah x malu bertanya. best, time tu da bole slide laju2, rasa macam pro pulak!

argghhh!!! malunya!
bila aq tengah letih2 skate, aq p la lepak atas kerusi. kerusi tu jenis nipis kat depan, so bila duduk, kita kena sandar kat belakang trus. aq x taw, aq pun duduk ja la kat hujung2 kerusi tuh, then, kerusi tu terbalik, lebih teruk lagi, terbalik timpa aq! terlangkup macam kura-kura!! warrrggghhh!!!! malu sehh! dah la time tu ramai gila! memey la kan~~ naseb baek depa tu gentelmen.. siap bole tolong angkat n tanya aq ok ke tak.. kalau tidak~~~

hahaha.. tu la pengalaman pertama aq skating.. kalau hangpa pun ada, share2 lah ye!
bye!

kenapa, kenapaaaa -part 2-

assalamualaikum! apa khabar? harap sihat2 ye? insya allah!

okeh.. nak menjawab beberapa kenapa yang ditanya..

kenapa 1: kenapa delate?

okeh, untuk sesiapa yang dah baca entry aq yang taching gila dua hari lepas, aq mnx maaf sebab aq terpaksa padam entry tuh. sebabnya, si tuan punya badan tidak lagi jadi milik aq, dan aq rasa tidak adil jika dia terus membaca entry tu sedangkan dia dah berpunya. nanti takut dia masih berbelah bahagi, dan aq x terasa nak merampas.ekekekeke.. lagi satu, bila aq dah berpunya nanti, (dengan izin allah) aq x bole nafikan kalau si dia terbaca, dan berkecil hati. for your information, sometimes aq ad 'short term memory lost' jadi, aq x dapat nak ingat post2 aq yang sudah nih.. harap paham ye~~

kenapa 2: kenapa hijau?

memandangkan aq ni terkenal dengan obsesi aq terhadap pink, ada yang tanya, kenapa blog aq warna hijau? jawapannya, aq cuba sesuaikan dengan semua jantina. blog aq sememangnya berwarna pink sebelum ni, tapi aq tukar, untuk memuaskan hati beberapa pihak yang tak begitu gemarkan pink.. ekekekeke.. deal, kan?

kenapa 3: kenapa x follow?

aq heran, ramai(jugakla) yang P.M aq, pasal blog aq, tapi kenapa depa x follow, ye? ada masalah ke? atau aq memang x reti mengarang? aq agak baru dalam blogging, jadi, maaf lah~~ cuma, bagitau kalau ad salah silap, ye?

ok, now bsedia ntok new entry!!
bye!

Sunday 2 September 2012

siapa x guna?

assalamualaikum!
diharap saudara saudari sehat2 belaka..
harini beta, eh, silap.. hehehe.. aq nk potpet pasal guys n girls yang ......
err.. mls nk ckp.. cer tgk pic bwh ni


sebenaqnya bnyak lagi post kurang cerdik macam ni, tapi aq malas nak cari.. kadang-kadang tu depa blok aq sebab aq mengomen dengan agak lancang sekali.. sob2.. da bkurang fren aq (T.T)
   

aq nak tanya hangpa semua la, RELEVAN ka kita salahkan semua orang atas kesalahan orang lain? Pada pendapat aq, memang tak adil la.. Bukan si curang saja prempuan dalam dunia ni.. yes, memang si lelaki ni tengah marah, tapi bukankah kita disuruh untuk mengawal kemarahan kita? kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut(lebih tepat lagi status fb) badan binasa.. 

bukan menangkan si curang, atau aq nk belagak pandai, tapi, kita ni patut tunjukkan contoh yang elok pasal diri kita.. daripada status tu, kita bole nampak, mnusia jenis manakah dia.. aq x tujukan post kalini direct untuk dia sorang, sbab bukan dia saja yang ada habit macam ni, x kira la laki ka, pompuan ka, semuanya sama, cuma yang membezakan adalah iman kita. tapi aq harap.. supaya aq dan orang2 lain tak buat kerja2 macam ni.. sama2 kita tinggalkan ye!

okeh.. da abeh kot aq nk bletiaq pasal ni.. hehe.. aq mintak maaf ya kawan2, aq bukan nak belagak baik, belagak alim, ataupun belagak pandai.. jauh sekali aq nk rendah2 kan orang lain.. aq cuma nk kongsikan pendapat, supaya kita sama2, elak untuk kebaikan kita..

p/s: eh, teringin nk buat contest! tengah fikirkan hadiah misteri!
   

bye!



Friday 31 August 2012

kenapa.. kenapa.. kenapaaaaaaaaaa

assalamualaikum!
mcm stress ja entri kli ni.. hehehe.. x la..
meh kita tengok kenapa..

kenapa pertama:
rmy tnya, ad blog, psai pa x ckp kt org?
sbnaq nya., kn, aq rasa.. blog aq mcm x best ja.. hahaha
so drpda dok heboh2 kt org, tp x sbnqy blog mcm hampeh.. samala jgk, kn? hahaha.. so aq amek inisiatif, lbeh bek org  tjumpa scra x sngaja.. hehehe ad jgk aq tagged blog ni kt 2-3 tmpt.. tp skit ja la advertisenya..

kenapa kedua:
dlm blog ni.. pix2 aq suma pky purdah/niqab.. tp an, knpa aq gunakan kata ganti nama AKU? ekceli.. aq ikut y mana slesa la.. lw aq tkaq jd liya ka, sy ka.. aq tkut ttukaq.. t jd x best bila org baca(hello.. ad org nk baca ke~~) aq penah msuk 1 blog ni.. cita sd mmg best, tp dy asek tsilap, st2 aq, st2 sy, st2 nma dy.. wlwpun entry 2 best gila.. tp aq mcm mls nk bca.. so aq trus close.. hehehe.. sory ye tuan tanah blog 2~~

papa un.. silakan kan follow ye tuan2 & puan2.. hehehehe.. follower xde de ni.. kehkeh

Sunday 5 August 2012

vlogger trend

assalamu alaikum girls and guys!!
hrini aq nk cer ckit psl vlog (video blog), vlogging(aktiviti vlog), vlogger(tukang buat vlog)..
vlogging ni sbnqny da jd trend dak2 muda la ni, n depa un da ad community sendri, y dpanggei Malaysia Vlogger Community. dan ad jgk psatuan log ntok org2 kurg upaya mcm org2 hlg pdengaran.. (Malaysia Deaf Vlog(tp aq krg priksa ngn community ni)). kebanyakkan vloggers yang aq knai(depa x knai aq pun), mcm:

Matlutfi90 http://www.youtube.com/watch?v=4jC0YYHbiQg
AnwarHadi http://www.youtube.com/watch?v=XYKMNrVJud0&feature=channel&list=UL
Maria Elena http://www.youtube.com/watch?v=e8I-LsPiGGw&feature=channel&list=UL
Aiman Azlan http://www.youtube.com/watch?v=f2QfsVolEVc

(top 4 malaysian vloggers)
depa ni dok blajaq kt oversea, tp aq krg tw psl Maria Elena.(im so sorry maria). yang mana depa ni sgtla2 awesome Englishnya..

mgkin ad suara2 sumbang y akn ckp,
'1 lg pkra mlalaikn lps Fb n Twitter'
'bnda x dak faedah'

ok, pndpt aq la, tggpn y mcm 2 slh sma skli.. klw nk kta lalai, mreka2 y kt ataih ni bkn vlogging x tntu hala isiny, for example, spruh drpd vlog c AnwarHadi ni adlah ajkkn2 ntok mnjd muslim y tbaek..

slain unsur2 agama, dlm vlog ni jgk dtrpkn nilai2 patriotisma, n kdg2, mmpu ntok buat kita brenti n bfkir sjenak...

so nasihat aq, spa y x tw lg pa itu ertinya vlog, rjen2 la hgpa p bkk link y kt ataih 2. smoga angpa un bmnt ntok jd vlogger!

ok la, lastly, sblm pnmat, insya allah, aq un akn mncul kt dlm vlog aq sndri, tp link dy aq post kmudian. jd angpa jgn la mlu2 nk komen.. subscribe un bole! aq lg suka!

aq nk mnx mff lw informasi2 y aq bg ni slah, n maaf ata pggunaan pkataan AQ ntok org y lbh tua dr cheq.(copycat Wan Hazel sat)

*ataih=atas
*depa=mereka

sekian, assalamu alaikum!
jgn lpa solat tw!

Thursday 2 August 2012

aq dan Niqab (bhgian 2)

assalamualaikum..

ok, msa ntok aq kmbli blogging.. sblm ni aq brenti kejap, sbb aq agk trgangu dgn faktor pesekitaran. 
aq ad bertanya kpd responden(chewah) ttg niat aq nk berniqab moden. bnyk jgk la kta2 serong y aq dgq.. mcm;

'niqab bkn wajib pun, buat y wajib dah la'
'eleh, dak kt kolej y tdung lbuh un x pky niqab, lbey2 lak ang'

n y plg mgguris aty, 

actually aq x fhm, ap mksud dy? adkh slh klw pmpn berpurdah posing kat facebook? aq x dak la nk posing sampai x igat dunia, cuma aq upload bbrapa pix berniqab aq ja.. tu pun salah? aq upload pix 2 un sja2, bkn niat nk nunjuk.. tp, positifny, aq ngn mnah ni da lma x blaga angin.. ats kes2 y dy cri psl jgk, so, mgkin ats sbb 2 la dy kta mcm 2. tp, biaq pi la, mslah dy..

jadi~~~
macam mana ni? aq btul2 prlukan sorg(dan lbih) pebimbing dlm stuasi ni, aq bkn la sorg y kuat nk hdapi sgla cmuhan n ktukan. aq da bole bygknkn bnyk gila muka2 snis y nk dtunjukkan kt aq.. ya, aq ngku, mmg smgt aq down ckit skunx.. so, please sombody.. any support?

ok, by da way, aq ad jmpa bbrpa tutorial niqab ntok hangpa2 suma bmnat nk tgk.. insya allah, stu ary t, aq akn cba vlogging tutorial jgk..
ni linkny:

this is my fav:

so, enjoy! ok, gotta go! 
assalamualaikum!
selamat berpuasa!

Friday 13 July 2012

aqu dan niqab

niqab.
sesuatu yang ingin sekali aq kelipkan di tudungku..
berniqab, tetapi juga mngikut arus fesyen, dan juga menutup aurat.
menjadi muslimah yang membawa trend berniqab di Malaysia, yang diikuti anak2 gadis lainnya.
insya allah..
sekuarng-kurangnya, nmpak juga sumbangan aq pada agama..

tapi, sebelum mentarbiah org lain, diri sendiri perlu jadi hebat, baru boleh jadi ikutan.
kita kena perbaiki iman, akhlak dan penampilan dulu, baru ada yang suka..
tapi, aq bukanlah seorang ilmuwan agama. aq juga bukan ank bilal dan imam. terasa malu jika ilmu belum penuh di dada tapi sudah memandai belagak juara... 

bagi aq, niqab bukan sahaja secebis kain, tapi, berniqab beerti aq sudah tinggalkan semua tabiat burukku. kena cukupkan sembahyang lima waktu,
perlu jadi cucu/anak/kakak solehah, 
harus kuat untuk bangun malam dan kerjakan solat sunat..
juga baca AL Quran setiap hari
dan melupakan segala dendam..
ya. aq seorang yang sangat berdendam.. sukar untuk aq memaafkan kesalahan si pelaku, terutama apabila berkaitan dengan keluargaku. mungkin aq adalah anak sulung, jadi naluri melindungi itu kuat. namun aq akan terus berdoa pada ALLAH, agar dikurangkan rasa amarah dihati ini..

insya allah, aq dalam perjalanan untuk menuju keredhaan ALLAH. cuma aq takut, andai niatku terhenti di tengah jalan. jika pendirianku goyah bila berhadapan dengan dugaan.. ataupun, perjalanan hidupku tidak panjang.. semoga ALLAH lindungi aq dari jadi begitu..

bila ditenung, dikenang dan difikir balik..
aq memang manja.. mak, ayah, tok, tokwan, malah, ALLAH juga manjakan aq..
tapi entah kenapa, semakin banyak pertolongan diberikan, semakin banyak aq lupakan. 
mmg aq bukan anak derhaka.. tapi aq takut aq derhaka pada tuanku.. 
semua perkataan disusun atur, supaya aq tidak terasa, tapi, aq jugalah kerap melukakan mereka.
dan aq takut.. jika ALLAH terlalu murka.

ya ALLAH, jauhi lah kami dari kemurkaanmu.
bantulah kami dalam mencari keredhaanmu..
kuatkanlah hati kami dalam menepis godaan musuhmu..
dan janganlah kau pesongkan hati kami selamanya dari jalanmu..
amin ya rabbal alamin..

maka doa itu, mejadi penutup entry saya pada kali ini... doa2kan lah supaya apa yang dihajati tercapai..
insya allah.. anda akan melihat saya yang baru tidak lama lagi..
jom! kita berhijrah! 
assalamualaikum!


Tuesday 19 June 2012

potpet time!

hye! nice to meet u! ad mslh? musykil? or, ad bnde nk di potpetkan? hahax, jgn icw, meh kita cer2 lepak2 sni.. hahax..  ok.. need to go! see ya next time!